December 30, 2012

Menanti hari esok ?

Asalamualaikum ~

Hmm, harini hari yg kurang happy kot untuk aku. Aku taktahu lah kalau ade yang senasib dengan aku. Tapi ape yg aku tahu, harini hari yg mendung. Esok pulak ribut taufan. Hari2 seterusnya pulak mungkin tsunami melanda. Tapi aku harap musim bunga untuk hari2 seterusnya. Hmm.

Semalam Beto call aku. Sedih-nak-mati dengar suara dia. And bila dia cakap about esok, lagilah aku sedih. Dia menangis. Dia kata dia takut nak hadapi hari esok and hari-2 seterusnya. Dia kate nanti fon die akan senyap. NO MORE TEXT NOR CALL FROM ME. Dia takut dia akan rase sunyi.

He made me promised to call him everyday. Aku tak janji. Tapi aku akan cube. Sebab aku takut jadual sekolah jadi lagi pack sebab sekolah sekarang kan dah naik taraf. Hmm, saya cuba kay Beto? Tapi saya mintak maaf kalau saya tak tunaikan. Tapi bukan bermaksud saya lupa awak. Awak sentiasa ada dalam hati saya :)

Sesedih-2 mana pun Atiq Azizan tuu, sedih lagi aku. Sebab yang hadapinya aku. Aku lagi banyak menangis daripada dia. Aku lebih takut dari dia. Takut rasa kesunyian, takut rase Atiq lupa aku, takut aku rase keseorangan. Memang lah ade kawan. Tapi tempat kawan tuu lain dalam hati ni, Atiq pulak kat tempat lain. Walau se"happy-2" mane pun aku, aku sure, aku akan tetap rase kosong.

Nanti dah takdek orang dah nak tunggu aku kat bilik prefect every morning. Dah takdek dah orang nak jumpa aku kat anjung kasih sebab nak ajak makan McDonald sekali. Dah takdek orang nak tunggu kat bilik prefect everytime habis prep. Dah takdek orang nak tunggu aku kat kantin every prep Sabtu. Dah takdek orang nak lambai-2 aku dari Teratak Perdana. Dah takdek orang nak beli KFC untuk aku bile outing lelaki. Dah takdek orang nak mintak tolong keluarkan duit kat CIMB Bank. Dah takde dah orang nak bagi roti john every buka puasa. Dah takdek dah orang nak pujuk aku kalau aku jatuh hurdle. Dah takdek dah orang yg sanggup pinjam kasut Adidas Damia Hariz semata-2 nak sama kasut dengan aku. Dah takde dah orang nak ikut aku pergi FRSIS. Dah takdek dah orang mengade-2 suruh bawak perfume pergi sekolah semata-2 nak bau sama macam aku. Dah takdek dah orang yang aku nak call gune public tiap-2 malam. Dah takdek dah orang yang teman aku kat belakang pentas everytime aku jadi MC sebab tahu aku gugup. Dah takdek dah orang nak tunggu kat bilik prefcet sebelum solat Jumaat. Dah takdek dah orang nak ajak aku keluar everytime pulang bermalam. Dah takdek dah orang nak tunggu kat terminal sampai bas aku gerak. Dah takdek dah orang nak bawak aku jumpe umi dia. Dah takdek dah orang nak jeles sebab aku baik dengan cikgu lelaki. Dah takdek orang nak bagi aku keychain ke ape ke bila die pergi mana-2. Dah takdek dah orang nak tunggu aku kat Inang. Dah takdek dah orang nak ajak aku tengok wayang. Dah takdek dah orang  nak menganjing aku gelak. Dah takdek dah orang nak bagi aku hadiah birthday. Semua tuu dah takdek. TIADA !

We both cried. Dia kat luar. Banyak mende boleh berlaku. Aku kat dalam, banyak jugak mnde yang boleh berlaku. Haihhh.

Semalam masing-2 macam budak kecik. Menangis berhingus-2. Hahaha. Gurau-2. Emm, masing-2 buat janji untuk satu sama lain.

"Jangan. Lupe. Atiq. Jangan. Tinggal. Atiq. Jangan. Menggatal dengan orang lain. Jangan. Lupe. Call. Atiq. Tunggu. Atiq. Tunggu. Announcement Atiq."

Hmm, bayangkan lah Atiq sebut satu-2 ayat tuu. Macam mengajar budak kecik. Ahhh, kecik tak kecik. Aku tetap nangis dengar.

Harini hari last aku kat rumah. Dia cakap nak spend the whole day dengan aku. Tapi lepas die setel pasal rumah dia. Dia pindah rumah. So, nak angkut barang harini. Hmm, malam ni malam last untuk aku contact dengan die. Lepas ni maybe jarang. Pagi tadi die text aku, die takut nak hadapi malam ni. Malam terakhir :/

Sekarang, aku rasa kosong. The reason aku bangun awal pagi ni sebab aku teringat hari esok. Hilang ngantuk aku. Hmm, aku tahu kalau aku just jadi pelajar biase, maybe aku tak setakut ni. Maybe aku rase normal jeh. Percayalah jadi aku ni macam .. rase takut tuu lebih beribu-2 kali ganda. Hmphh.

Even mak aku pun sedih aku dah nak start sekolah balik. Sebab nanti mak aku akan tinggal sorang kat rumah. Akaq kat U, Eddy kat IKIP. Abang long n Bangde kerja. Hmm, semalam pun waktu beli-2 barang, mak nak beli kek laa ape laa. Tapi aku taknak. Hmm.


Dear Atiq Azizan,

Please tunggu saya sayang. Saya akan cube call awak setiap kali ade masa lapang. Saya akan cube bisingkan fon awak. Saya takkan balik dengan siapa-2 dah. Takkan ade kacep dah. Awak, jage diri kay? Kalau ade yg mintak nombor telefon. Bagi nombor saya. Biar saya sound. Hmm, kalau awak masuk UTP tuu, jadilah atlet ke ape kee, asalkan takde yg buat banner untuk awak. Takdek yg sayang awak. Please jangan cari kacep dah. Please jangan baik dengan sesiapa waktu saya kat sekolah. Saya takut dia akan mengisi kekosongan dalam hati awak. Please jangan rase kosong kalau saya tak contact awak macam selalu. Please jangan tunggu fon awak berbunyi. Taknak awak kecewa! Jangan sesekali lupa saya. Doakan saya selamat kat sekolah. Doakan saya akan hentam semua. OK?
    Saya akan balik awal selalu. Saya nak cepat-2 pegang fon and nak call awak. Tunggu saya sebulan sekali okay sayang?

"Just close your eyes, the sun is going down,
U'll be alright, no one can hurt u now,
Come morning light, u and i'll be
Safe and Sound  ~ "

Sorii lah aku macam budak-2 sikik time ni. =..="
Doakan kami :)


Errr okay lah. Sebelum aku membebel dengan lebih lanjut, aku nak tutup entry terakhir untuk tahun 2012 ni.

Aku doakan korang semua dapat menghadapi 2013 dengan baik. Semoge dipermudahkan segala urusan. Doakan aku berjaya jugak. SPM here i come >.<

Sedikit pesanan untuk Atiq Azizan :)




MAAF LAH BAGI LAGU KOREA :p

Asalamualaikum terakhir untuk tahun 2012 untuk semua :'D

December 22, 2012

Impian Ke Angan-angan ?


Asalamualaikum~!

Cinta ?


Okayy. Basically my entry this time adalah kerana someone post tweets saying

"meh sini aku nak cakap kat korang nih. bercinta masa sekolah takkan kekal weyh. sumpah cakap. tanya membe2 aku yang lain jgk. "

Then aku reply tweets die saying "Tapi saya tak bercinta waktu sekolah. Saya bercinta lepas pukul 3.30 petang. Waktu lepas sekolah." Seriously, niat aku just nak main2 dengan dia. Tapi bro tuu replied me dengan seriousnya. Dia kata dah dua kali dia kena. And dia jugak kata kat U nanti ramai awek cun. And lelaki ni cepat rambang mata. Aku tolak mentah2 tweet dia. I said that I know him. He's not like that. Tapi, dia boleh kata just wait and see. Dia nak tengok sejauh mana aku dan dia boleh bertahan. Hmm, waktu tuu serehh kabo aku dah terase dah. Tapi aku stil sabar and reply macam aku tak rase ape2. Lepas tuu, dia kata "kalau betul jadi kahwin, jemput2 la ok. Kalau jadi la. Invite2 kat Facebook je."

Hmm, Okayy. Makan dalam giloss aku disitu. Tapi takpe. Aku dah biase di'bash' sebab hubungan aku dengan Beto. Semua orang tak support hubungan kami. Kenapa? Sebab mereka tak yakin. Tapi kami hiraukan mereka. Sebab yang kena yakin adalah diri kami sendiri. Bukan mereka.


We will make this works. IN SHAA ALLAH.

Doa doakan lah kami. Kami tahu yang teenagers love have strong emotion but will not last longer. Tapi, kami akan buktikan semua tu salah. Percayalahh. Kita boleh stay dengan the one we loved sampai mati kalau hati ni kuat. Aku tahu aku masih muda untuk cakap about mende2 nii. Tapi, aku rase takde yang salah dengan ape yg aku cakap ni.

Yes, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Tapi tak bermakna kita tak perlu berusaha. Allah kate, usaha dulu, baru Dia bantu. Bukan nya duduk goyang kaki, mintak je semua denganNya and He will granted all of your prayers. 

Impian aku memang nak kahwin dengan dia. I know, ni semua awal lagi. Tapi mak aku cakap tak salah kalau nak berangan - angan dulu. Tapi nanti kita usaha la untuk dapatkannya. And aku akan berusaha ke arah itu :)

Mungkin Beto ni hanyalah 62% orang yang betul2 aku akan kahwin. Tapi, he said that he will make it 100%. 
Hmm, kami doa setiap hari moga Allah panjangkan jodoh kami. Moga Allah temukan kami di jalan yang halal. Moga dipermudahkan segalanya. Amiin.

Ustaz Azhar ! Muahh sikit :)

See see? Ustaz sokong aku. HAHAHA.


Okay. Apa yang aku tahu sekarang is aku cinta dia and dia pun cinta aku. Kami selalu diuji dengan ujian2 dari-Nya. And aku takkan terkjut kalau one day, kami akan diuji dengan ujian yang lagi dahsyat. Dan itu semua sebab Allah nak uji cinta kami. Hopefully, kami survive.

Btw, kami tak kapel okay ? Sebab kapel itu sendiri berniat untuk main2. Kami bercinta. Kapel dan bercinta itu lain sama sekali :)

Hmm, last word dari aku. Kepada pasanagn yg bercinta diluar sana. KEPERCAYAAN ITU PENTING. And ingat ni, ORANG YG SAYANG KITA TAK SEMESTINYA AKAN SETIA DENGAN KITA. TAPI ORANG YG SETIA DENGAN KITE SEMESTINYA AKAN SAYANG KITA SELAMANYA :D

Okayy, sorry for the short post. Aku tidak berapa ade mood :(


TEPUK DAHI, TANYALAH HATI :)



Seems Legit? OK. Moga berbahagia :)

December 21, 2012

Dugaan Oh Dugaan

DUGAAN ? ?
Asalamualaikum ~

Hmm, takde apa apa pun nak cakap actually. Cuma aku tengah bosan sebab tak dapat nak tengok Maharaja Lawak Mega and hati pulak tengah sedih-nak-mati sebab hari ni seharian tak contact dengan Beto Kusyairi :/

Oh well. Nasib badan. Kredit tiade and tambah pulak tak keluar. Nasib baik esok weekend. Peluang untuk topap itu ada. Hee.

Tapi walau apepun, aku tetap sedih pilu pilu sesorang. Dah tiga hari, aku dapat mimpi yang buruk2 about me and him. Walaupun tak berturut2, aku still takut. Yes, korang boleh cakap mende tuu semua mainan tidur. Tapi entahlah. Aku still takut.

Mimpi pertama is about him getting married with another woman. And yang paling sakit hati nya isteri dia tuu sangat2 benci aku. Aku datang nak confront dengan Beto, she chased me out. Shoot. Aku rasa nak tumbuk2 perempuan tuu. Tapi, u know, dalam mimpi, kita selalu rase macam dihalang kalau nak buat something kan? And, macam tu la aku waktu tuu. I can't do anything. :/

Mimpi second pulak, aku yang about to get married. My mom dah arranged my wedding with someone else. Masalah besarnya ialah orang yang aku diatur untuk kahwin tuu is my own friend. Satu sekolah, satu daerah, satu kelas dengan aku pulak tuu. Maybe dia tersesat then termasuk mimpi aku kot. Then, one day 'he' (kwn aku tu) bawak aku pergi satu taman where kami naik basikal sama2. N bila 'he' pergi hantar basikal, aku nampak Beto waiting for me sambil pegang aiskrim. Ohmaii. Seriously aku menangis dalam mimpi tuu. Then, 'he' datang and bawak aku jauh2 dari Beto. 'He' pun ade awek juga tapi dia dah clash sebab dia dengar cakap mak dia suruh kahwin dengan aku. 'He' called me 'sayang' just like Beto and tanya aku sayang dia ke tak. And aku jawab, 'taktahu'. 'He' knows about Beto. So, dia just diam je. Tapi seriously, i cried so hard in that dream and bila aku sedar pagi tuu, aku menangis lagi. Again, I can't do anything :/

Mimpi ketiga yang paling sadis sekali aku rasa. Beto is right in front of me. Tapi dia tak nampak aku. Okay. Mimpi tuu aku dan dia were in a school. Don't know which school. But clearly not our school. And we promised to meet there before balik rumah. And aku tunggu dia. Then, aku nampak dia datang. Tapi .,., dia macam tak nampak aku langsung. Aku lambai. Dia tak nampak. Aku pergi dekat dia. Aku panggil dia. Dia still tak nampak aku ! Lepas tuu, Umi dia datang and dengan hampanya dia naik kereta and he was gone. GONE. Terduduk aku tengok dia pergi. For the last time, yes. I can't do anything about it. :(

IM HOLDING ON RIGHT NOW :'(


Aku taktahu ape yang aku patut rasa sekarang ni. I've told him about this and Beto kata tak perlu risau. Kalau betul aku cinta dia, aku tak perlu risau sebab dia cinta aku sangat2 and dia nak kahwin dengan aku. Allah nak duga cinta aku mungkin. That's why i keep getting that dream. Hmm, maybe Beto. Maybe. I hope so.

Jangan risau sayang ! Saya tak lupa awak :')



Seems Legit? Noooooo !!!!

December 18, 2012

P. M. R ?

WALAWEYHH EXAMM !

Asalamualaikum ~

Hee, memandangkan result PMR keluar harini. Aku pun tiba tiba rase nak cakap something. Haha.

For my fellow juniors,

Congrats untuk korang! Tak kisah lah resut korang macam mane pun. Kecundang satu kee ape kee. Yang penting korang dah nampak dan rase what it feels kalau kita berusaha. And memang sometimes ada yang dah berusaha, in fact, maybe lebih dari kita tapi akhirnya kecundang jugak. My advice, no worries dear. Sebab everything happens for a reason. Maybe rezeki korang bukan di PMR, siape tahu SPM nanti korang pegang? Haha.

Btw, aku dengar berita graph tahun menurun gila sebab pilihan raya. Yelahh, it is all about politik. Takkan la kerajaan nak announce "result PMR tahun ini menurun". Emang konfem kena bash lah gitu. Tapii, aku taknak komen banyak2. Aku tak minat sangat politik2 nii. Hewhew :)

Emm, to those yg dah succeeded, enjoy lah sekarang. Sebab tahun depan, lagi banyak cabaran korang nak hadapi. Addmath, Chemistry, Biology, Physics, MathMode, Prinsip Akaun and so on. Haha. Subjek2 nii tak susah pun kalau korang betul2 belajar. Serehh kabo. :D

And tak lupe jugaa bagi yang kureng berjaya tuu. Jangan moody-moody, jangan bunuh diri, jangan mogok ke ape kee. Jangan K Jangan. Dengar nii. Tak guna nak menyesal sebab mende dah berlaku. Yang penting sekarang, get ready for next year. get ready to wow them next year. OK? Kawan2 aku ramai jugak yang kecundang waktu PMR, tapi tengok lah dimana mereka waktu upper form. Pergh ! Hebat mengalahkan yang 8a. Hee.

Rezeki masing masing. Siapa yang tahu kann ? :O

Sekarang nii, watlek watkul jeh. Nikmatilah saat2 terakhir anda sebagai lepasan PMR. Heeee. Naik form4 nanti banyak yang kena kejar. Tahu2 lah cikgu kat sekolah tuu ajar macam mane. Bak kate omputih, as quick as lightning. Haha. K peribahasa untuk orang noob.

Err. Yang dapat 7a1b jangan risau. Tetap dapat rm150 dari Yayasan Pahang sekali dengan budak 8a. HAHA *duit duit duit* Yang penting, duit tuu simpan and beli something good for yourself kayy? Takyah ngade nak beli kapun ke kapur ke. Takyah K Takyah.

Walaupun result tahun nii agak menurun untuk sekolah aku. It's okayy. That's how life goes. Kadang2 kita tinggi nak sampai atmosfera, kadang2 kite terjunam sampai teras bumi. Keh3.

Papepun. Jangan ngirau. SPM masih ada. Tunggu masa jee. Tapi sebelum tuu, doakan aku dulu. Haha. Nak SPM tahun depan. Wahahaha. Saya dah bersedia. Anda bila lagi?

Ohh lupe lupe. Bagi yang disarankan pindah tuu, takperlu pindah pun takpe kalau korang still sayang sekolah kitaa :O

Mule2 emang kena bash sikit, tapi kalau korang tunjuk yang korang boleh get up next year, orang akan senyap jugak. Tapii, kalau diorang tak senyap2 jugak, kau sumbat je lahh mulut diorang dengan kasut. Takde kasut sekolah, kasut riadah adeee :3

Doakan SPM aku!

Yakin nii ! Haha 

Oh lupe pulak.

IMAN SYIPPO ! CONGRATS KAT KAU. HAHA. BUAT LAH VIDEO ABOUT PMR PULAK :)


Seems Legit? Ok. Yang dah berjaya, jangan lupa belanja aku :3

December 17, 2012

Wake Up Lah Peanut !

Asalamualaikum :)

Hmm, entry aku kali ni macam sedih lah sikit kann. Err, entah lah. Tengah kalut actually. And aku pun dah selesema sebab tadi kemas bilik and ohmaii hardcore banyak habuk. Ciss . Nampak la lame tak kemas.

Erk. okay. tadi aku kemas barang asrama aku. And you know what. Sakit hati gila aku mengemas kertas2 exam and kerja2 yang aku dapat sepanjang tahun 2012. Bergh ! rase nak keronyok se-se. Hahaha. Sorii. Loghat Temerloh. Tahun depan, lepas habes SPM, swear aku nak toss semua dalam tong sampah. And aku nak bakar depan mata aku. Wahahaha.

Err. Papelah. That's not my point. My point is, bila aku tengok semua kertas2 tuu, aku ingat balik how 'main-main' nya aku waktu Form 4. Sedangkan waktu dulu, aku rase aku habes struggle dah. And dulu, aku selalu membazir masa. Mwehee. Okay. It's normal la. Lagipun, aku baru nak 'feel' jadi an UPPER FORM'. Hahahaha

Ermm, and then and then, aku pun rase macam nak tampar tampar muka aku supaya aku 'wake up' and sedar tahun depan aku SPM. Kalau fikirkan lah kan, 10A+ tuu senang. Tapi kalau fikir la. Kalau tak fikir, just berangan, susah weihh. Hahaha.

Adik- beradik aku tak berapa pandai sangat. Just biasa2. Walaupun my mom dulu sekolah dekat Sekolah Tun Fatimah (STF) and my father pulak Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), tapi kami macam tak mewarisi jee kepandaian beliau dan beliau. Hahaha. =..=

So i am freaking out right now. Really scareeeeeeeeuuuuwwwwww.

Tapi dalam senang- senang SPM tuu, boleh jadi payoh-nak-mati kalau sepanjang tahun tak kadar ke diri nak exam. Hahaha. And itu yg paling aku takut. Aku ade amanah aku, aku ade tugas aku, and aku ade tanggungjawab aku. So, aku takut nanti aku busy membuat semua tugas aku dengan penuh intergriti, aku akan lupa untuk study. NO. Bukan lupa. Tapi, KETIADAAN MASA :O. Whatta F?

Dang ! Im freakinggg outtt LOL.

Beto kate study dari awal. Hmm, tu yang lemah tuu. Sebab study dari awal bukan cara aku. Even PMR dulu pun aku main main jee. Seminggu sebelum tuu barulah nak struggle.

Btw, aku nak kongsi mende pelik2 sikit pasal diri aku kalau aku exam. (^..^)

Malam sebelum exam, aku akan tidur ber'mimpi'kan soalan soalan berkaitan subjek yang aku akan exam pada hari esoknya. Contohnya esok aku exam addmath, malam tuu konfem2 aku mimpi soalan addmath.

On exam day pulak, kalau aku tertidur time jawab exam, aku akan mimpi jawapan. Errrrrr... aku tahu ni awkward and weird. Tapi percayalahhh. Tak guna pun dapat mimpi yg macam tuu. Sebab bila aku bangun, aku tak ingat penuh pun. Aku ingat separuh je. Tapi walau apepun, syukur Alhamdulilah aku dapat mimpi tuu :3

Okayy. Kembali ke topik asal aku. Sekarang niii aku rase nak pengsan and sedar 2 tahun akan datang je. Gahh !

Waktu form4 pun terkejar2 subjek form4, tahun depan mahu kurus aku sebab kejar subjek form4 and form5.

Dan sebab yang paling utama aku kalut sebenarnya ialah Sebab aku tak buat homework lagi tak siap homework lagi. Hahaha. Tiap2 tahun, aku selalu providekan 2 minggu terakhir untuk buat homework. Haha.

So, sekarang aku pun jiwa kacau mengenangkan nasib. Wahaha. Gila, Kerja dah la banyak. My teachers bagi kerja ibarat kami ni robot yang hanya tahu buat kerja. Lebih tepat lagi, MACAM KAMI TIADA LIFE.

Mereka sepatutnya faham. Cuti sekolah means no sekolah. Macam En. Nazri selalu cakap. "Cuti sekolah maksudnya cuti dari sekolah. Tapi bukan cuti dari belajar". Hauhau.

Jadi kesimpulannya, cikgu cikgu dan guru guru sekolah saya bukan sahaja telah salah faham dengan frasa "cuti sekolah" malah telah menyebabkan kami stress dan terbeban. Lebih tepat lagi MACAM KAMI TIADA LIFE.

Bak kata Hitler, semua ini macam lakalakasheit ! Haha.

Dalam hati rase,




Tapiii, bile fikirkan nii,





Kayy, saya STUDYY :(



Seems legit? Lagit kotttttttt.............







December 14, 2012

Hidupku Bukan Hidupmu :)

Asalamualaikum ~

K Walaupun tengah bengang dengan someone, aku taknak lah nak 'aib'kan dia kat sini kan.K aku just nak bagi amaran kat everyone yang stil tak kenal aku secara mendalam.

Dear HATERS ,

K Short note. JANGAN JUDGE AKU KALAU BELUM KENAL AKU. Okay. Aku cakap terus terang. Emang dari luaran, aku nampak sombong and berperangai buruk. Tapi, once kau dah kenal aku. Aku bukan nak cakap ape. Kenal aku dulu lah bro. Then baru judge aku.


#MohonTerase

I LOVE YOU HATERS ! AUUUWWWW <3 <3 <3



A LITTLE MESSAGE FROM THE GRUMPY CAT :)


Seems Legit Enough to you HATERS ? K, now go kill yourself.

December 13, 2012

Selamanya Harimau Malaya !

Asalamualaikum :)

Hahaha ! This entry would be about Harimau Malaya. Auuummm <3

Okay saja nak menyatakan ketidakpuasan hati disini. Kalau korang layan bola, konfem2 korang faham perasaan aku. Ciss ! Referee itu emang meminta penyokong Malaysia baling durian kat muka dia. Sangat tidak adil. tak adil tak adil. Haih. Tapi apakan daya. Nilah namenya hujan batu di negeri kita, hujan emas di negeri orang. Hoho. K Takdek kena - mengena pun.

Hmm, tapi tuu lah. Main kat negeri orang kan. So, banyak advantage untuk tuan rumah. Misalnya, dapat suap referee. Suap pulak bukan suap biasa-biasa. Tapi suap tomyam, nasi goreng Thai , nasi goreng pattaya and etc. Hahaha.

Ada yang cakap reff tuu sebenarnya baru tahu ayah kandung dia orang Thailand. That's why laa dia sokong Thailand. Hahaa. K Gurau je K. Hmm, walau apeape pun, ape yang aku boleh katakan kat sini ialah reff tuu sangat tidak professional kerana makan tomyam bagai. Atleast nak main berat sebelah pun, janganlah nampak sangat. Sangat tidak professional. Sekarang aku paham perasaan penyokong Manchester United bila referee dibayar pihak lawan. Haha.

But! Despite all of that, aku nampak semangat Team Harimau Malaya. How they really want Malaysia to go to the final. Tapi nak buat macam mane kan. Dah nasib dapat reff macam tuu. Its weird sebab the players keep changing but not the referee. Walhal dah terang tang tang berdentang yang ramai tak puas hati dengan reff tuu. Haihh.

Paling tak tahan malam ni when Fadhli Shas menangis sebab tak pasal pasal dapat 2 yellow card sampai dihantar keluar. Cehh. "Apa aku buat?!" Emang jelas nampak Fadhli marah reff tuu. Kalau aku laa, lame dah aku buat macam Zidane, headshot sekali. Whoahh. Haha.

And then and then and then, ni yang paling aku tak tahan ni. Ciss! My Farizal kena tendang kat muka. Walaweiyh. Berasap aku. Rase nak tumbuk jee TV tuu. And walaupun macam tu, reff still tak buat ape2. Macam hareemmmm je. Tapi walaupun macam tuu, aku respect sangat Farizal. Dia sanggup kena sepak muka semata mata nak 'save' kan bola. Auuuuuuwwww ! Hebatnyeee my sayang !

Dan bila Thailand dah sumbat 2 gol, reff pun mule lah nak tunjuk adil konon. Ade je salah player Thailand. Haihhh. Waktu tuu macam macam lah caci dan maki datang. Haha. Tapi macam lagu Najwa Latif. "Segala kata cacian, yang telah engkau berikan. Membuat ku rasa kosong, kosong ~". Reff tu buat watlek watkul jahh. Dang! Rase nak londeh je seluar dia.


Waktu Thailand dah mendahului 2-0 and masa pulak macam haremm nak habes, seriously hilang hope. Dah tahu dah keputusan nye. Tambah 3 minit pun, mane mungkin nak dapat 2 gol balik.

Tapi tapi tapi tapi walau macam mane pun, Malaysia dah bermain dengan baik. Kalah pun kalah bermaruah. Everyone nampak yang referee main tipu. Everyone tahu yang Thailang main kotor. By the way Thailand, meluat sangat tengok korang bersorak sebab menang cara kotor. Phuihhhh la. Sakit hati + sakit mata aku tengok.

What's good about tonight is even ESPN pun sokong Malaysia. "They (Thailand) played with no doscipline" they said. "Yet the Malaysians always keep their discipline with them". Hee. See ? Attitude matters! Yang paling terharu bace "Malaysians, I feel your pains". Pergh ! Ni kalau bace sambil makan kacang ni konfem2 tercekik ni. Haha.

So, aku sebagai penyokong Malaysia yang tak berapa nak sejati ni just nak ucapkan Tahniah to Our Heroes the Harimau Malaya :) You've done a great job! Memang menyerlah sangat Farizal aku malam nii ^__^

Selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya .. . . . .! <3 <3 <3

TERUSKAN MENGAUM ! MEOWWW !
FARIZAL MARLIAS. A HERO. AUWWWW!








Seems legit ? Legit !

Salam ^^v

December 07, 2012

Hati Oh Hati

Asalamualaikum,

hmm, walaupun aku ade banyak story nak cerita tapi entahlah kenape aku taknak berblog. Tapi harini tiba tiba aku rase dalam banyak2 story yang aku nak cerita, cerita ni yg paling aku takboleh nak tanggung sendiri.


ITS ABOUT MY BROKEN HEART :'(
Aku tahu bile bercinta, kite kena accept everything about the guy. Termasuklah his past. Tapi aku takboleh. Aku taktahu kenapa. Haihh. 

Biasalah kan kalau rindu, mesti kite stalk Sang Kekasih kite kan? Waktu tak ade ape2 dulu pun aku dah buat macam tu and aku mengaku. Aku sakit hati sangat tengok. Tapi, waktu aku sedar yang kami cume kawan and there's exactly no point untuk aku JEALOUS.


And bile dah bersame, aku still buat perkare yang sama setiap kali rindu dia. Even aku tahu yg pada dia bende tu bende biase and hati aku pun dah kate ''Itu kan zaman dulu. Waktu korang tak bersame lagi. There's no need to be JEALOUS." Aku faham sangat2 tapi entahlah. Maybe I was hoping yang dia sepatutnye faham perasaan aku and delete all those things. 


Hati aku sakit sangat bile everytime aku tengok. Walaupun aku dah tahu about it, aku takboleh halang diri aku dari terus stalk dia. Lagi sakit hati bila teringat yg dia pernah marah waktu aku buat perkare yg sama. Aku tahu dia hanya kawan. Special sangat ke dia sampai perlu macam tu? Aku banyak jugak kawan lelaki yg baik2 dengan aku. Tapi, aku tak pernah buat macam ape yg dia buat. Semate2 nak jage hati die. Even waktu tu aku still belum bersame dengan dia.


Hmm, setiap kali tengok, hati aku sakit. Aku nak tengok semua tapi aku takut. Aku takut nanti lain jadinya. In fact, aku pernah bace text dari dia. And aku faham yg korang baik. But darling, I think that she should know how to have a little respect for me. Aku tahu, aku ni tak lah penting sangat untuk direspect. tapi bukan ke everyone deserve to be respect?


Maybe dia penting untuk awak. Sebab orang kate kawan ni susah dicari. And, untuk orang macam saya pulak. Senang kot untuk dicari. In fact, ada yang lebih baik.



I dont know if this seems legit. Haihhh.

Salam~